April 23rd, 2009 by nurulhudayahya
innilillahiwainnailahirojiun..
ayah de baru je kembali ke rahmatullah.. seminggu di ICU, maybe ini yang terbaik, sekurang2nye penderitaan tak berpanjangan.. baru je kelmarin sedara mara tanya pandangan, samada elok atau tidak kaki dipotong. diabetes makin teruk, mungkin daging di kaki pun dah semakin membusuk. dan semalam dapat berita yang kaki dah dipotong. dan petang tadi makteh bagitahu yang ayah de dah meninggal..
agak terkilan. tak sempat jumpa semasa masih hidup. dapat berita yang ayah de masuk ICU last week. sebelum ni ok je, terjatuh, masuk hospital dan barulah terdiscover mcm2. kidney failure lah, diabetes la, urm, ade 2 lagi yang kronik, tapi tak berapa ingat.. tapi tak terus balik kg ziarah, sebab papa outstation. (though hati memberontak nak balik, tp mama nak tunggu papa jugak) n isnin baru ni papa balik, mlm tu terus ke temerloh. too bad, tak dapat masuk. mama papa je diorang bagi, tu pun sebab papa bagi alasan baru balik dr spain. papa kata time tu ayah de tgh dialisis. masuk tube pun ikut leher. kakngah kata selalunya orang akan buat ikut tangan. maybe nadi yang kat tangan dah tak kuat, that’s y terpaksa ikut leher. n tanpa dibius. Allah.. i just cant imagine how painful that would be.. beberapa hari sebelum tu pun denyutan jantung sangat lemah. smpai terpaksa guna yang electric pump (heh, tak tau betul atau tak nama alat ni. but u know what i mean, aite). n terpaksa bagi ubat tidur, supaya jantung dapat rest, dan tak perlu kerja kuat sangat..
dan ternyata Allah lebih sayang ayah de. takpe, ada hikmahnye. mungkin ini yang terbaik. at least he doesnt have to suffer anymore… tiap tahun, time raya mesti singgah rumah ayah de kat batu 1, temerloh. 3 tahun tak berjumpa, thn lepas nampak yang arwah semakin uzur. same jugak dengan mokde. though mokde nampak lebih uzur, siapa sangka ayah de yang dijemput dulu. 67 tahun.. he was an ustaz. an imam. a kadi. and a very good brother to my father. one of atuk’s most entrusted son..
orang yang baik, kesudahan yang baik jugak, iA..sakit tak lama, dan dijemput Allah pada malam jumaat. dan kebumi iA esok, hari jumaat. penghulu segala hari.. pengajaran dan teladan untuk kita yang masih hidup.. ttg bagaimana kita nak akhiri hidup ini.. dengan cara yang baikkah? atau ketika tengah berseronok dengan dunia? allahua’lam. tepuk dada tanya iman..
semoga roh ishak bin haji ariffin dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang Allah kasihi… al-fatihah..